Berita tular Yazit Search meninggal dunia tidak benar

Hantaran laman sosial Facebook kenalan Yazit menjelaskan keadaan kesihatan pemain drum Kumpulan Search itu masih kritikal dan meminta orang ramai menghentikan spekulasi kematian Yazit.
Hantaran laman sosial Facebook kenalan Yazit menjelaskan keadaan kesihatan pemain drum Kumpulan Search itu masih kritikal dan meminta orang ramai menghentikan spekulasi kematian Yazit.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berita yang tular dalam media sosial mendakwa bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah tidak benar.

Seorang kenalan artis berkenaan dikenali Yatz Fenomena melalui laman sosial Facebook memaklumkan, keadaan Yazit kini kritikal di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) dan terpaksa menggunakan bantuan pernafasan.

Menurutnya, pihaknya menyedari berita mendakwa Yazit meninggal dunia mula tersebar sejak beberapa jam lalu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Rakan saya memaklumkan abang Yazit masih berada di dalam ICU dan menggunakan bantuan pernafasan.

"Beliau baru masuk bilik ICU untuk melihat keadaan abang Yazit. Jangan buat spekulasi abang Yazit meninggal. Harap maklum," katanya menerusi hantaran dalam Facebook peribadi hari ini.

Sementara itu, akaun laman sosial Facebook rasmi Yazit bernama Sang Gendang - Yazit Search mengesahkan anggota kumpulan Search itu kritikal dan sedang bertarung nyawa di HKL.

Akaun laman sosial Facebook rasmi Yazit, Sang Gendang - Yazit Search mengesahkan artis itu sedang kritikal di HKL malam ini.
Akaun laman sosial Facebook rasmi Yazit, Sang Gendang - Yazit Search mengesahkan artis itu sedang kritikal di HKL malam ini.

Pengurus laman sosial rasmi Yazit itu turut memohon semua peminat agar mendoakan anggota kumpulan Search itu sembuh.

Artikel Berkaitan:

"Untuk makluman...sekarang jam 10.38 pm Abg Yazit masih sedang bertarung nyawa.. dalam kritikal. Doakan moga dipermudahkan. Abang masih kuat:( - Admin, " katanya melalui satu hantaran dalam laman Facebook pemain muzik terkenal tanah air itu.

Terdahulu, Yazit yang kini berumur 55 tahun difahamkan menjalani rawatan sakit buah pinggang selain menghidapi asma.

Beliau turut memberitahu hidupnya kini ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Awal bulan September, Yazit juga pernah dikejarkan ke HKL kerana mengadu sesak nafas.