X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Langit cerah, jerebu beransur pulih

Keadaan cuaca di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya kelihatan semakin pulih daripada jerebu. -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Langit kembali cerah hari ini sejak negara dilanda jerebu dua minggu lepas apabila kualiti udara secara keseluruhan bertambah baik setakat jam 6 petang tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan berkata, secara amnya situasi jerebu bertambah baik ekoran fasa peralihan monsun yang bermula hari ini dan akan berterusan sehingga awal November depan.

"Fasa peralihan monsun ini bermakna angin barat daya yang sebelum ini bertiup dari negara jiran ke arah negara ini akan beransur berubah arah dan dengan itu keadaan jerebu akan beransur pulih," kata kenyataan itu.

Malah semua sekolah di seluruh negara juga telah beroperasi seperti biasa hari ini berikutan keadaan jerebu dan bacaan IPU terkini semakin berkurangan.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), hanya tujuh kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 6.00 petang ini, berbanding 14 kawasan pada tengah hari tadi.

Tujuh kawasan itu melibatkan dua kawasan di Selangor iaitu stesen Johan Setia Klang (161) dan Klang (108); dua di Perak iaitu Seri Manjung (127) dan Tasek (111); Putrajaya (107); Nilai, Negeri Sembilan (110); dan Temerloh, Pahang (102).

Sementara itu 59 kawasan lagi merekodkan bacaan IPU sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Jerebu: Operasi padam kebakaran di Sri Aman diteruskan


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!