Inkues Adib: Ummah anjur solat hajat esok

Aminuddin (empat dari kiri) bersama jawatankuasa Ummah pada sidang akhbar mengenai program solat hajat dan perhimpunan aman yang bakal diadakan pada Khamis dan Jumaat ini.
Aminuddin (empat dari kiri) bersama jawatankuasa Ummah pada sidang akhbar mengenai program solat hajat dan perhimpunan aman yang bakal diadakan pada Khamis dan Jumaat ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gerakan Pembela Ummah (Ummah) bakal mengadakan solat hajat berhubung inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim pada malam Khamis ini di Masjid Wilayah Persekutuan.

Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahaya berkata, beliau mengajak orang awam turut serta dalam program itu sebagai ikhtiar memohon kepada ALLAH SWT agar keputusan inkues pada Jumaat ini memihak kepada mangsa dan keluarganya.

"Dijangka solat hajat akan diadakan selepas solat Isyak disusuli dengan taklimat ringkas berkenaan program Ummah. Orang awam yang berkelapangan dijemput hadir.

"Dalam masa sama Ummah turut menyeru seluruh rakyat Malaysia turut mengadakan solat hajat serentak. Umum maklum prosiding inkues Adib berdepan banyak cabaran termasuk campur tangan daripada pihak tertentu," katanya pada sidang akhbar di pejabat Muafatat Taman Melawati di sini hari ini.

Katanya, Ummah juga bakal hadir beramai-ramai di Mahkamah Shah Alam Jumaat ini untuk bersama-sama menunggu keputusan inkues tersebut.

"Ini bukan demonstrasi dan kita tak sokong mana-mana pihak yang bertindak di luar batasan. Ia hanya tanda solidariti kepada keluarga Adib.

"Harap tak ada pihak yang buat tindakan di luar batasan, jangan ada unsur sabotaj atau menimbulkan ketegangan pada hari keputusan inkues tersebut," katanya.

Muhammad Adib, 24, anggota bomba dari Balai Subang Jaya cedera parah ketika bertugas dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ pada 26 November lalu.

Artikel Berkaitan:

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember 2018 selepas 21 hari dirawat.

Prosiding inkuiri bermula pada 11 Februari lalu di hadapan Koroner Rofiah Mohamad memakan masa sehingga 41 hari.

Seramai 30 saksi dipanggil memberi keterangan dan 137 eksibit dikemukakan kepada mahkamah.