Tiga beradik parah ditetak

No Image Caption
A
A
A

BALING - Tiga beradik berusia 19, 20 dan 21 tahun parah diserang sekumpulan penjenayah di Kampung Kuala Temekah, Kuala Ketil, Kedah dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, kesemua mangsa sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi bising selepas kumpulan terbabit bertindak memecahkan cermin tingkap serta merosakkan kereta dan motosikal mangsa.

Difahamkan, suspek bertindak menyerbu masuk ke dalam rumah dengan mengacukan parang sebelum bertindak menyerang tiga beradik lelaki terbabit.

Memetik laporan portal Astro Awani, bapa mangsa, R Mogan, 54, berkata, dia terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi bising di luar rumah dan terkejut apabila mendapati lebih 20 lelaki bersenjata parang sedang mengepung rumahnya.

Katanya, kumpulan penyerang itu datang dengan menunggang 10 buah motosikal dan sebuah kereta.

Kumpulan itu kemudian menyerbu masuk ke dalam rumah dan mengacu parang ke arah dia dan isteri sebelum masuk ke dalam bilik dan menetak tiga anak lelakinya.

Mogan berkata, dia dan isteri hanya mampu melihat tiga anak mereka ditetak serta mendengar jeritan mereka meminta tolong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, ketiga-tiga mangsa parah ditetak di bahagian badan, tangan dan kaki.

Artikel Berkaitan:

Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk pemeriksaan lanjut.

Polis sedang mengenal pasti pihak terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.