Polis Australia minta salur maklumat dua beranak hilang

Polis mohon maklumat mengenai seorang wanita dan kanak-kanak yang dipercayai hilang setelah dilihat kali terakhir di Yarran Drive, Ashmore.-FOTO DAILY MAIL
Polis mohon maklumat mengenai seorang wanita dan kanak-kanak yang dipercayai hilang setelah dilihat kali terakhir di Yarran Drive, Ashmore.-FOTO DAILY MAIL
A
A
A

GOLD COAST - [DIKEMASKINI] Polis Australia menggesa orang awam yang mempunyai maklumat mengenai dua beranak yang dilaporkan hilang tampil beri kerjasama.

Laporan kehilangan wanita berusia 28 dan anaknya berusia setahun diterima semalam setelah dilihat kali terakhir berada di sekitar Yarran Drive, Ashmore.

Keselamatan dua beranak itu dibimbangi kerana dipercayai wanita itu masih dalam rawatan.

Mereka dilihat di alamat terakhir itu sekitar jam 11 malam pada malam Ahad.

Kenderaan dengan pendaftaran Queensland 499 KLM itu diandaikan berada di sekitar bandar Ipswich atau mungkin bandar Redbank Plains.

Wanita berkulit putih dan berambut panjang berwarna coklat itu turut mempunyai tatu di belakang.

Polis berharap dengan perkongsian maklumat mengenai wanita dan kanak-kanak itu dapat merungkai kehilangan misteri itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: