Gerakan setuju bank data DNA dalam sijil lahir

Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai
Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai
A
A
A
SHAH ALAM - Parti Gerakan menyambut baik langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewujudkan bank data asid deoksiribonukleik (DNA) dalam sijil lahir.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, KDN juga perlu beri kerjasama untuk mengadaptasikan sistem data DNA ke dalam sijil lahir pengguna dapat direalisasikan dengan jayanya.

Katanya, maklumat data perlu dikemas dengan sistem keselamatan yang padu supaya tidak digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, Gerakan melihat tambah baik sistem data DNA ini dapat membantu mengurangkan permasalahan MyKad klon di kalangan warga asing.

"Ekoran kes penjualan MyKad kepada warga asing baru-baru ini, semua urusan pendaftaran lewat MyKad dan sijil lahir dihentikan serta merta.

"Malah segala urusan pendaftaran baru sijil lewat kelahiran dan sebagainya akan dilakukan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Langkah ini dilaksanakan demi mengurangkan lagi risiko penjualan MyKad yang dipercayai didalangi orang dalam pengurusan itu sendiri," katanya.

Selain itu, katanya, tindakan kerajaan mengemaskini aras keselamatan dengan menukar pegawai JPN dan menyahpasti dokumen tidak dituntut dilihat sebagai satu gerakan efisen demi mengurangkan permasalahan sama berulang di masa akan datang.

"Namun begitu, kerajaan juga perlu tegas dalam pengurusan terutamanya di bahagian JPN. Pantauan secara berkala perlu dikuatkuasakan demi kelancaran pengurusan lebih sistematik," katanya.
Artikel Berkaitan:


Tambahnya, biarpun kesal dengan kejadian jualan Mykad secara haram baru-baru ini, Gerakan melihat tambah baik sistem data DNA dapat membantu mengurangkan permasalahan MyKad klon di kalangan warga asing.