Petani maut dibaham buaya

GAMBAR HIASAN
A
A

BANDAR LAMPUNG - Aktiviti menjala ikan sekumpulan petani di sebatang sungai di wilayah Lampung Indonesia bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dibaham seekor buaya.

Ketua Polis Tulang Bawang, Syaiful Wahyudi berkata, kejadian berlaku di daerah Dipasena sekitar jam 2 petang (waktu tempatan) Sabtu lalu.

"Mangsa dikenali sebagai Hasbulloh di mana semasa kejadian dia dan beberapa petani lain sedang menjala ikan.

"Menurut saksi mereka terdengar jeritan mangsa sebelum menyedari dia tiada di atas perahunya dipercayai terjatuh ke dalam sungai.

"Rakan mangsa kemudian memaklumkan perkara itu kepada penduduk kampung sebelum melakukan pencarian besar-besaran," kata Syaiful.

Tambah Syaiful, mangsa ditemui sejam kemudian dalam keadaan meninggal dunia.

"Terdapat beberapa kesan gigitan pada tubuh mangsa dan penduduk percaya ia angkara sang bedal," katanya. - Agensi