Jerebu: Empat penerbangan di LTSAS dibatalkan

Gambar hiasan. FOTO: BERNAMA
Gambar hiasan. FOTO: BERNAMA
A
A
A

IPOH - [DIKEMASKINI] Empat penerbangan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) pagi ini dibatalkan akibat jerebu.

Pengurus LTSAS, Mohd Ali Osman berkata, terdapat 10 penerbangan yang dijadualkan beroperasi pagi ini dan hanya enam sahaja masih diteruskan.

Menurutnya, empat penerbangan yang dibatalkan membabitkan perkhidmatan syarikat Air Asia bagi laluan Johor Bahru-Ipoh-Singapura dan Singapura-Ipoh-Johor Bahru.

"Kesemua penerbangan yang dibatalkan disebabkan keadaan jerebu dan jarak penglihatan 3,000 meter di LTSAS sehingga jam 7.30 pagi tadi.

"Seramai 131 penumpang terjejas akibat pembatalan penerbangan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak lapangan terbang akan terus memantau keadaan semasa dengan mendapatkan maklum balas daripada Jabatan Meteorologi dan kawalan trafik udara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

Semalam 12 penerbangan di LTSAS dibatalkan melibatkan enam penerbangan sebelah pagi dan enam penerbangan sebelah petang.

Sehingga jam 9 pagi tadi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen Pegoh Ipoh mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu 130.

Artikel Berkaitan: