Kebakaran hutan di Sri Aman berjaya dipadam

Kebakaran hutan dan tanah gambut di Sri Aman akhirnya berjaya dipadam menggunakan kaedah water bombing.
Kebakaran hutan dan tanah gambut di Sri Aman akhirnya berjaya dipadam menggunakan kaedah water bombing.
A
A
A

KUCHING - Operasi yang memasuki hari ketujuh pemadaman kebakaran hutan dan tanah gambut di Sri Aman akhirnya berjaya menggunakan kaedah water bombing menerusi pesawat Bombardier CL-415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Sebelum ini, dua kali pesawat yang sama telah dikerahkan pada 18 dan 21 September lalu untuk melakukan pemadaman, namun usaha itu tidak berhasil berikutan menghadapi masalah teknikal pada pesawat serta terdapat kekangan sumber air.

Pada operasi hari ini, pesawat yang memulakan operasi pada jam 8.15 pagi dan berakhir pada jam12.15 tengah hari tadi melakukan 10 sortie dengan keseluruhan air yang telah disembur ialah 60,000 liter sekali gus dapat mengawal dan memadam kebakaran daripada terus merebak.

Sepanjang operasi pemadaman di kawasan hutan seluas 53.2 hektar itu, pihak bomba juga menggunakan khidmat helikopter MI-171 milik jabatan berkenaan dengan menggunakan kaedah yang sama selain kekuatan 30 anggota dan bantuan beberapa lagi agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), APMM dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).

Sementara itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman mencatat sedikit peningkatan daripada 183 pada jam 8 pagi kepada 204 setakat 1 tengah hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: