Jerebu: 38 kawasan masih catat IPU tidak sihat

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Kualiti udara di Semenanjung hari ini secara keseluruhannya semakin menurun apabila jumlah stesen yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap tidak sihat menunjukkan peningkatan ketara berbanding semalam.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) sehingga jam 9 pagi tadi, sebanyak 38 kawasan merekodkan IPU tidak sihat berbanding 18 kawasan semalam.

Antara negeri yang masih menunjukkan IPU tidak sihat terdiri daripada Kedah, Terengganu, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Sarawak.

Stesen yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat yang tertinggi setakat ini adalah Johan Setia, Selangor (193).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Artikel Berkaitan: