Rundingan perdagangan AS-China 'banyak kemajuan'

Donald Trump
Donald Trump
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan pentadbirannya semalam ‘membuat banyak kemajuan’ dengan China selepas rundingan perdagangan antara kedua-dua negara masuk hari kedua.

Washington turut mengumumkan ia menarik balik tarif yang dikenakan ke atas 437 produk dari Beijing termasuk papan litar bercetak untuk pemproses grafik komputer, lantai kayu lamina dan lampu miniatur untuk sambutan Hari Natal.

Difahamkan, perbincangan tersebut dijangka memberi tumpuan kepada pertanian dan meletakkan asas untuk rundingan peringkat tertinggi pada awal bulan depan, bagi menentukan sama ada kedua-dua negara sedang berusaha ke arah penyelesaian atau mengenakan tarif lebih tinggi.

Sementara itu, pemerhati di Beijing melihat pengecualian cukai baharu itu sebagai isyarat muhibah walaupun rundingan perdagangan tersebut masih rapuh. - Agensi

Artikel Berkaitan: