Lelaki ditembak di kedai makan

Lokasi kejadian seorang lelaki ditembak ketika keluar makan bersama dua rakannya.
Lokasi kejadian seorang lelaki ditembak ketika keluar makan bersama dua rakannya.
A
A
A

TUMPAT - Kegembiraan seorang lelaki keluar makan di hujung minggu bersama dua rakannya bertukar tragedi apabila dia ditembak di sebuah kedai makan di Kampung Neting, Pengkalan Kubor hari ini.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, mangsa berusia 24 tahun itu cedera di tangan dan paha kanan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, mangsa ditembak oleh seorang lelaki bermotosikal.

Menurutnya, akibat kecederaan itu, mangsa dibawa ke hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Suspek tidak dapat dikenal pasti kerana memakai topi keledar yang menutup muka.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang saksi yang juga pemilik kedai makan, Zuki Che Hassan, 48, berkata, dia terdengar bunyi letupan ketika sedang membasuh pinggan di belakang kedai.

"Saya terus keluar dan mendapati ada pelanggan saya yang kena tembak.

Artikel Berkaitan:

"Ketika kejadian, mangsa melarikan diri sebelum dikejar oleh suspek yang menaiki motosikal.

"Mangsa selamat kerana bernasib baik dapat bersembunyi dalam sebuah rumah penduduk kampung dan minta tolong penduduk kampung hantar ke hospital," katanya.