PGA gagalkan cubaan seludup 960kg daun ketum

Antara rampasan daun ketum yang dibuat PGA dalam operasi Op Wawasan di sekitar daerah di Perlis baru-baru ini.
A
A

PADANG BESAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 1 mematahkan cubaan menyeludup daun ketum bernilai RM144,000.

Rampasan dilakukan melalui Op Wawasan di sekitar daerah ini dan Chuping pada Selasa dan Rabu lalu.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, operasi pertama anggota risikan kira-kira jam 5 pagi di kawasan ladang getah di Chuping mengesan kemasukan tiga motosikal dengan muatan guni dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota PGA mengejar motosikal terbabit hingga mengakibatkan dua kenderaan itu terbabas tetapi suspek melarikan diri.

"Pemeriksaan ke atas lapan guni yang ditinggalkan mendapati berisi daun ketum seberat 260 kilogram (kg) bernilai RM39,000. Turut disita dua motosikal jenis Honda Wave," katanya kepada Sinar Harian hari ini

Antara rampasan daun ketum yang dibuat PGA dalam operasi Op Wawasan di sekitar daerah di Perlis baru-baru ini.
Antara rampasan daun ketum yang dibuat PGA dalam operasi Op Wawasan di sekitar daerah di Perlis baru-baru ini.

Beliau berkata, operasi kira-kira pada jam 1.30 tengah hari keesokannya di Padang Besar membabitkan sebuah rumah tidak bernombor di kawasan ladang betik.

Abdul Ghani memberitahu, beberapa lelaki bertindak melarikan diri dan pemeriksaan lanjut menemui enam guni berisi 400kg daun ketum bernilai RM60,000.

"Operasi seterusnya pada hari yang sama kira-kira jam 2 petang di kawasan ladang getah di Felda Mata Ayer, di sini berjaya mengesan kemasukan sebuah kereta jenis Perodua Kembara dalam keadaan mencurigakan.

"Pemandu berjaya meloloskan diri setelah menyedari kehadiran anggota. Pemeriksaan lanjut menjumpai 10 guni putih berisi 300kg daun ketum bernilai RM55,000," katanya.

Antara rampasan daun ketum yang dibuat PGA dalam operasi Op Wawasan di sekitar daerah di Perlis baru-baru ini.
Antara rampasan daun ketum yang dibuat PGA dalam operasi Op Wawasan di sekitar daerah di Perlis baru-baru ini.

Tambahnya, kesemua jumlah rampasan ketum seberat 960kg bernilai RM144,000.

"Kita percaya daun ketum ini cuba diseludup ke negara jiran melalui jalan tikus. Kita akan terus melaksanakan operasi dari masa ke masa bagi membanteras kegiatan ini," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.