X

Kindly register in order to view this article
!

Nasib tidak menyebelahi Pulau Pinang

Manzoor Azwira Abdul Wahid
A
A

FAKTOR nasib dilihat banyak mempengaruhi keputusan aksi terakhir peringkat Kumpulan C Piala Malaysia antara Pulau Pinang dan Pahang di Stadium Bandaraya kelmarin.

Ketua jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira Abdul Wahid berkata, biarpun kesemua pemain skuad Harimau Kumbang itu beraksi bersungguh-sungguh di sepanjang perlawanan berkenaan, namun tetap gagal menyempurnakan deretan peluang yang diperoleh.

Malah menurutnya, pemain import Anselmo Casagrande turut gagal menyempurnakan peluang terhidang di depan gawang lawan.

"Pertamanya saya kali ucap terima kasih kepada pemain yang bermain bersungguh-sungguh untuk capai kemenangan,. Kita tak bernasib baik. Walaupun mencipta banyak peluang, tapi tak berjaya jaringkan gol, kita dihukum oleh Pahang.

"Bagaimanapun, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan prestasi pasukan. Kita tunjukkan peningkatan dari perlawanan ke perlawanan dan bila sampai ke peringkat Piala Malaysia dan bertemu pasukan lebih hebat,

"Dari situ, kita akan kenal pasti kelemahan untuk kita baiki lagi pada musim depan," katanya sejurus tamat perlawanan yang menyaksikan skuad Harimau Kumbang tewas 0-2 kepada Pahang pada perlawanan itu.

Skuad Harimau Kumbang menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan ketiga dengan lima mata hasil satu kemenangan, seri dua kali dan tewas tiga kali daripada enam perlawanan.

Sementara itu Manzoor Azwira berkata, pihaknya akan tetap membuat persediaan tanpa mengira Pulau Pinang layak atau tidak layak beraksi ke Liga Super musim depan.

"Kita akan tetap bersedia sama ada layak atau sebaliknya dan secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan prestasi pasukan yang menunjukkan peningkatan pada setiap perlawanan musim ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus