X

Kindly register in order to view this article
!

Logo KBS dan Bulan Sukan Negara berdaftar

Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
A
A

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menegaskan logo kementerian itu dan logo Bulan Sukan Negara berdaftar di bawah Akta Cap Dagangan 1976.

Unit Komunikasi Korporat KBS dalam kenyataannya berkata, sebarang penggunaan kedua-dua logo tersebut tanpa kebenaran kelulusan kementerian itu adalah tidak dibenarkan.

"Adalah ditegaskan bahawa penggunaan tanpa kelulusan KBS boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil mengaku Akta Perihal Dagangan 1972," katanya.

Menurutnya, borang permohonan penggunaan logo boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi.

"Permohonan lengkap perlu diserahkan melalui serahan tangan atau email [email protected]," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kecam logo Bulan Sukan Negara 2019


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus