Juruterbang Brazil masuk Islam ketika melintasi Makkah

Rakaman juruterbang mengucap dua kalimah Syahadah ketika melintasi Makkah.
Rakaman juruterbang mengucap dua kalimah Syahadah ketika melintasi Makkah.
A
A
A
MAKKAH - ARAB SAUDI. Seorang juruterbang dipercayai dari pesawat komersial Brazil membuat kejutan dengan melafazkan syahadah ketika penerbangan melintas Makkah pada ketinggian, 5,500 kaki.

Peristiwa bersejarah itu menjadi tular susulan rakaman video yang merakam detik-detik indah lelaki itu bersyahadah telah dikongsi oleh netizen di pelbagai platform media sosial.

Memetik rakaman di Dailystar.co.uk, lelaki menyarung uniform juruterbang berada dalam ruang kokpit telah mengucap dua kalimah Syahadah dengan mengangkat jari telunjuk kanannya ketika bersyahadah disaksikan rakannya.

Menerusi rakaman berdurasi 40 saat itu, terdapat seorang lelaki yang kemudiannya bertindak membimbing juruterbang berkenaan melafazkan syahadah.

"Kami di sini bersama-sama juruterbang Amilo dari Brazil.
Artikel Berkaitan:


”Dia akan melafazkan kalimah syahadah sewaktu kami terbang menuju ke Taluka,” katanya.

Sebaik sahaja juruterbang selesai melafazkan dua kalimah syahadah, dia menerima ucapan tahniah daripada lelaki yang membimbingnya sebagai saudara baru seagama. - Dailystar.co.uk