Valencia ujian karakter sebenar pemain muda The Blues

Trio muda yang menjadi sandaran Lampard pada saingan Liga Juara-Juara musim ini.
Trio muda yang menjadi sandaran Lampard pada saingan Liga Juara-Juara musim ini.
A
A
A

CHELSEA bakal menyingkap tirai saingan Liga Juara-Juara musim ini berdepan kelab Sepanyol, Valencia pada awal pagi ini dengan mempertaruhkan barisan pemain muda.

Keyakinan itu hadir selepas pengendali Chelsea, Frank Lampard menyaksikan trio Tammy Abraham, Fikayo Tomori dan Mason Mount mula mempamerkan keserasian dalam membentuk gandingan mantap bersama pemain senior kelab berkenaan pada saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

“Semua 11 gol saingan Liga Perdana Inggeris, Chelsea musim ini dihasilkan trio akademi kelab The Blues yang sebelum ini dipinjamkan kepada beberapa kelab luar bagi memperolehi pengalaman.

“Kehadiran semula mereka di Stamford Bridge pada musim ini akan memberi inspirasi kepada mereka untuk beraksi lebih cemerlang bersaing bersama pemain senior,” kata Lampard menjelang aksi menentang gergasi La Liga itu.

Pada masa sama bekas pengendali Derby County itu mengakui bahawa tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada trio berkenaan kerana mereka perlu bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama Chelsea.

“Mereka berada dalam kesebelasan utama kerana mereka berhak selepas membuktikan keupayaan masing-masing.

“Pada masa sama adalah penting bagi mereka untuk menghormati pemain senior Chelsea yang berpengalaman dalam membimbing mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan: