STL 2019: Bukan rezeki Penang Black Panthers

Apit kanan Penang Black Panthers, Azlan Alias menghadang rejaman killer Kelantan Warriors, Nur Yuslie Md Jusoh pada aksi di Stadium MABA. - Foto Liga Sepak Takraw
Apit kanan Penang Black Panthers, Azlan Alias menghadang rejaman killer Kelantan Warriors, Nur Yuslie Md Jusoh pada aksi di Stadium MABA. - Foto Liga Sepak Takraw
A
A
A

PENGURUS Penang Black Panthers, Abd Hafiz Abd Majid mengakui bukan rezeki pasukannya apabila gagal meneruskan momentum kemenangan apabila tewas 1-2 kepada Kelantan Warriors pada aksi minggu kedua saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2019 di Stadium Persatuan Bola Keranjang (MABA), Kuala Lumpur petang kelmarin.

Menurutnya, pasukannya melakukan persiapan rapi bagi berdepan Kelantan Warriors selepas memperolehi kemenangan semangat setelah menundukkan Kuala Lumpur Thunder 2-1 sebelum itu.

“Kita tidak ada rezeki walaupun semua pemain sedaya upaya mempamerkan aksi yang terbaik untuk menang, ada banyak kali kita cuba lakukan percubaan tapi kita akui lawan kita memberi tentangan sengit.

“Misi kita pada perlawanan hari ini adalah meraih kemenangan straight set 2-0 tapi sebaliknya berlaku,” katanya ketika dihubungi.

STL
STL

Pada aksi itu, Penang Black Panthers tewas pada set pertama 15-21 sebelum bangkit melakar kemenangan di set kedua 21-18.

Namun hasrat penyandang juara dari utara itu untuk mengekalkan momentum kemenangan tidak berhasil apabila terpaksa akur tunduk kepada lawan pada set ketiga 20-22.

Mengulas lanjut kata Abd Hafiz, status juara bertahan menjadikan Penang Black Panthers sasaran untuk dikalahkan pesaing termasuk pasukan bawahan.

Artikel Berkaitan:

“Secara peribadi apa yang saya tengok semua pasukan terutama pasukan bawahan 10 kali lebih bersedia untuk menewaskan kita dengan melakukan persiapan rapi.

“Sebab ini bukan lagi berkenaan saingan liga, tapi lebih kepada menewaskan Penang Black Panthers. Kita sedar perkara ini dan dalam tempoh empat hari ini kita akan melakukan penambahbaikan,” katanya.