Ini bukan masa tepat berkunjung ke Korea Utara: Trump

Trump
Trump
A
A
A

WASHINGTON - "Ini bukanlah masa yang tepat untuk saya berkunjung ke Pyongyang," kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam selepas sebuah akhbar melaporkan bahawa pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengundang beliau untuk menghadiri acara yang mungkin menjadi sidang kemuncak ketika mereka, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Trump berkata bahawa minggu lepas beliau menjangkakan untuk bertemu Kim lagi 'pada satu ketika' dalam tahun ini.

Akhbar Korea Selatan, JoongAng Ilbo semalam melaporkan bahawa Kim mengundang Trump ke Pyongyang dalam sepucuk surat yang telah dihantar pada Ogos lalu.

"Saya tidak mahu mengulas tentang perkara itu," kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih ketika disoal jika beliau menerima undangan itu.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk ke Korea Utara, Trump berkata, mungkin tidak.

"Saya tidak fikir beliau (Kim) bersedia. Saya tidak rasa kami bersedia untuk itu. Saya akan berbuat demikian pada satu ketika, mungkin pada masa akan datang," kata Trump.

Trump dan Kim telah bertemu sebanyak tiga kali bagi merundingkan isu pembongkaran program senjata nuklear Korea Utara sebagai pertukaran kepada konsesi ekonomi dan politik AS.

Minggu lepas, Naib Menteri Luar Pertama Korea Selatan, Choe Son Hui menawarkan untuk mengadakan rundingan pada akhir September namun mendesak AS merangka satu cadangan baharu yang boleh diterima oleh Pyongyang.- Bernama

Artikel Berkaitan: