Dr Mahathir tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan kerja sehari

Dr Mahathir Mohamad (kanan) melihat gambar beliau pada sambutan Hari Malaysia sebelum menaiki pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk pulang ke Kuala Lumpur, hari ini. -Foto Bernama
Dr Mahathir Mohamad (kanan) melihat gambar beliau pada sambutan Hari Malaysia sebelum menaiki pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk pulang ke Kuala Lumpur, hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiba di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bagi melakukan lawatan kerja sehari di sini hari ini.

Pesawat membawa Perdana Menteri serta isteri dari Kuching, Sarawak mendarat kira-kira jam 10.20 pagi dan disambut oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Turut berada di lapangan terbang ialah ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Jaujan Sambakong, Datuk Christina Liew dan Datuk Wilfred Madius Tangau serta beberapa pembantu menteri dan pegawai kanan kerajaan.

Beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah serta ahli parti itu termasuk ahli Parti Warisan Sabah turut menyambut ketibaan Perdana Menteri.

Dr Mahathir antara lain dijadualkan menghadiri beberapa program termasuk membuat kunjungan ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: