Puchong United BC kembali terajui puncak SSPL 2018/19

Biarpun demam semangat yang ditonjolkan Giap Chin untuk turun membantu pasukan mendapat pujian pengurus pasukan, Irina Inozemtseva.
Biarpun demam semangat yang ditonjolkan Giap Chin untuk turun membantu pasukan mendapat pujian pengurus pasukan, Irina Inozemtseva.
A
A
A

PERSAINGAN peringkat pertama round robin untuk merebut kedudukan teratas saingan SS Purple League (SSPL) 2018/19 yang kini memasuki perlawanan kelima semakin rancak dan menarik di Gem In Mall.

Kedudukan Kelab Badminton (BC) Ampang Jaya BC yang berada di atas takhta SSPL tidak bertahan lama setelah juara bertahan, Puchong United menang 13-7 mengatasi Serdang BC dalam aksi pada sebelah malam semalam sekaligus merampas kedudukan.

Puchong United BC kini berada di tangga pertama dengan mengumpulkan 58 set kemenangan, diikuti Ampang Jaya BC dengan 55 set kemenangan, dan Petaling BC di kedudukan ketiga mengumpulkan 45 set kemenangan.

Namun kedudukan selaku pendahulu tetap meresahkan pengurus Puchong United, Irina Inozemtseva yang menganggap dua baki perlawanan peringkat pertama adalah sangat berliku buat mereka.

Dia berkata, perlawanan malam ini sangat penting kepada tambahan pula pemain perseorangan lelaki, Goh Giap Chin disahkan demam dan tidak cergas sepenuhnya untuk beraksi.

"Saya begitu menghargai pengorbanan Goh Giap Chin yang memilih untuk turun beraksi menentang Serdang BC.

“Biarpun sedang mendahului liga selepas aksi sebentar tadi tapi tugas kami bukan mudah. Selepas ini kami perlu menang menentang Bandar Maharani BC dan pada aksi terakhir menentang satu lagi pasukan kelompok atasan, Petaling BC. Perlawanan itu akan menjadi penentu kedudukan dua pasukan paling atas untuk mendapat tiket automatik ke pusingan akhir di Resorts World, Genting,”kata Irina.

Giap Chin mengutip kemenangan buat Puchong United BC dalam acara perseorangan lelaki selepas dia menang 3-1 (9-11 11-9 11-8 11-6) menewaskan pemain Serdang BC, Liu Zejia.

Artikel Berkaitan:

Puchong United BC bagaimanapun tersentak seketika selepas pemainnya, Ho Yen Mei tewas dalam acara perseorangan wanita. Yen Mei tewas 1-3 (9-11 11-9 7-11 4-5) kepada Lyanny Alessandra Mainaky untuk kedudukan terikat 4-4.

Gandingan Lim Khim Wah- Ong Yew Sin kembali meletakkan Puchong United BC untuk mendahului kedudukan 7-5 setelah mereka menang mengatasi gandingan Serdang BC, Lwi Sheng Hao- Pei Tianyi 3-1 (7-11 11-6 11-10 11-4).

Selepas itu, pasangan Ng Tsz Yau-Tan Kian Meng terus melebarkan kedudukan menjadi 10-6 buat Puchong United BC selepas mereka menumpaskan Cheng Wen-Yap Qar Siong 3-1 (10-11 11-6 11-4 11-9) dalam beregu campuran.

Lee Cheuk Yiu yang turun dalam satu lagi acara perseorangan lelaki tidak bermasalah untuk mengutip kemenangan ke atas Wang Yihui 3-1 (11-3 11-5 10-11 11-3) sekaligus membawa, Puchong United menang 13-7 mengatasi Serdang BC.