New York larang e-rokok berperisa

Perasa gula-gula dan buah-buahan mampu menjadikan golongan muda ketagih nikotin.
Perasa gula-gula dan buah-buahan mampu menjadikan golongan muda ketagih nikotin.
A
A
A

NEW YORK - Gabenor New York, Andrew Cuomo mengumumkan larangan semua rokok elektronik berperisa selain tembakau dan mentol selepas ia dikaitkan dengan penyakit paru-paru dan serta kematian di seluruh dunia.

Cuomo turut melahirkan kebimbangan tentang bahaya e-rokok atau vape dan berpendapat pelbagai perasa gula-gula dan buah-buahan yang disediakan mampu menjadikan golongan muda ketagih nikotin.

"Ia jelas disasarkan kepada golongan muda dan amat berkesan untuk menyasarkan mereka," katanya dalam satu sidang akhbar di Manhattan.

New York bakal menjadi negeri kedua di Amerika Syarikat (AS) yang memperkenalkan larangan itu selepas Michigan menguatkuasakan peraturan sama awal bulan ini.

Difahamkan jualan rokok elektronik diharamkan kepada individu berusia bawah 18 tahun dan akan dinaikkan kepada 21 tahun pada November depan.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, hampir 400 orang mengalami masalah paru-paru di seluruh negara akibat vape dan pasukan penyiasat masih menyiasat punca sebenar penyakit itu. - Reuters

ARTIKEL BERKAITAN Remaja hidup dengan paru-paru 70 tahun akibat vape

Artikel Berkaitan: