Pas-UMNO perlu dedah senarai 'Kabinet' lebih awal

Ahmad Zahid dan Abdul Hadi bergambar bersama pimpinan parti selepas menandatangani piagam Permuafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara kelmarin. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

SHAH ALAM - Pas dan UMNO perlu mendedahkan senarai Kabinet bayangan dalam tempoh terdekat demi mengukuhkan solidariti dua parti itu di samping membina keyakinan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, kerjasama politik ta'awun Pas dan UMNO perlu menampakkan kematangan dengan pendekatan inklusif meskipun asas perjuangan dua parti terbesar Melayu itu cuba mengukuhkan 3R iaitu race (bangsa), religion (agama) dan royalti (institusi diraja).

Sivamurugan
Sivamurugan

Menurutnya, pendedahan senarai Kabinet bayangan pastinya memberi keyakinan bukan sahaja kepada rakyat, tetapi rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional (BN) betapa kerjasama politik UMNO-Pas tidak meminggirkan kepentingan masyarakat bukan Islam dan Melayu.

"Setahu saya mungkin ada senarai Kabinet bayangan diwujudkan Pas-UMNO sebelum ini, namun tidak diuar-uarkan lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih UMNO-Pas kembali bertaut di PWTC

"Saya melihat keperluan mendedahkan senarai Kabinet bayangan supaya menampakkan pakatan UMNO dan Pas menampakkan solidariti, lebih inklusif dan benar-benar memberi pakej pembaharuan kepada rakyat," katanya kepada Sinar Harian.

Dr Sivamurugan berkata, kerjasama ta'awun antara Pas dan UMNO juga berbeza dan dilihat lebih kukuh berbanding tahaluf siyasi dimeterai Pas dengan Barisan Alternatif (BA) pada tahun 2009 dan Pakatan Rakyat (PR) pada tahun 2008.

Menurutnya, kerjasama ta'awun dimeterai menerusi Piagam UMNO-Pas kelmarin mempunyai objektif mengukuhkan 3R iaitu kedudukan agama Islam, kaum dan raja berbanding tahaluf siyasi yang sekadar mengikat persetujuan kerjasama bagi menjatuhkan BN.

Allahyarham Nik Aziz setuju penyatuan UMNO-Pas, kata Hadi

"Cuma sejauh mana kerjasama ta'awun mampu bertahan sehingga PRU15 bergantung kompromi dan korban cukup besar daripada kedua-dua parti terutama dalam aspek pembahagian kerusi pilihan raya kelak.

"Selain itu, naratif muafakat politik Pas dan UMNO perlu menampakkan kesediaan menjadi alternatif kepada Pakatan Harapan (PH) bagi membolehkan aspirasi perjuangan dua parti berkenaan mendapat sokongan golongan muda negara ini," katanya.

Tangisan ‘raikan’ penyatuan UMNO-Pas