Tun M dedikasi sajak buat rakyat Malaysia

Video dan bait sajak yang didekasikan Dr Mahahthir kepada seluruh rakyat Malaysia sempena Hari Malaysia hari ini.
Video dan bait sajak yang didekasikan Dr Mahahthir kepada seluruh rakyat Malaysia sempena Hari Malaysia hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Seluruh rakyat negara ini diminta terus menyemarakkan perpaduan dan kekal bersatu padu tanpa mengira kaum.

Mesej itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi satu klip video khas sempena Hari Malaysia yang dinyanyikan oleh penyanyi popular tanah air, Hazama.

Menerusi video berdurasi lebih empat minit itu, Dr Mahathir muncul di akhir video tersebut dengan membacakan sajak mengenai anak bangsa Malaysia.

Tangkap layar video klip yang menunjukkan Dr Mahathir sedang menulis sajak buat anak bangsa Malaysia.
Tangkap layar video klip yang menunjukkan Dr Mahathir sedang menulis sajak buat anak bangsa Malaysia.

"Antara bait sajak itu menyebut 'Anak bangsa Malaysia, bangsa kita bangsa merdeka... Gagah dan kuat kerna kepelbagaian, dari yang banyak menjadi satu'.

"Walaupun terdapat perbezaan, tembok pemisah kita robohkan. Bersatu padu tanpa kira warna kulit kerana kita adalah anak bangsa Malaysia!" katanya.

Menerusi video sama, Hazama turut ditonjolkan sebagai seorang chef bersama dua lagi individu berlainan bangsa yang sedang menyediakan makanan untuk dihidangkan kepada pelanggan terdiri daripada pelbagai bangsa.

Kepelbagaian menu rakyat berbilang kaum di negara ini yang disajikan juga dipercayai sebagai simbolik bahawa penyatuan atau perpaduan kaum itu boleh dilakukan dalam pelbagai cara termasuk ketika menikmati makanan.

Artikel Berkaitan:

Bait-bait sajak yang ditulis oleh Dr Mahathir.
Bait-bait sajak yang ditulis oleh Dr Mahathir.

Video klip itu yang dimuat naik sejak semalam di Facebook rasmi Dr Mahathir mendapat 119,000 tontonan serta mendapat 570 perkongsian.