Terengganu juara Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019

Terengganu muncul juara kategori kelompok utama atau ‘Men Core’ Kejohanan Siri Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019 selepas mengalahkan Kelantan 24-5 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Ipoh di sini, hari ini.Foto- Bernama
Terengganu muncul juara kategori kelompok utama atau ‘Men Core’ Kejohanan Siri Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019 selepas mengalahkan Kelantan 24-5 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Ipoh di sini, hari ini.Foto- Bernama
A
A
A

IPOH - Terengganu muncul juara kategori kelompok utama atau ‘Men Core’ Kejohanan Siri Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019 selepas mengalahkan Kelantan 24-5 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Ipoh di sini, hari ini.

Berlangsung dalam keadaan cuaca mendung, Terengganu membuktikan kehebatannya dengan memperoleh 24 mata hasil empat 'try' dan dua ‘conversion’.

Mata Terengganu diperoleh menerusi try dilakukan Muhammad Haikal Ibrahim seawal minit pertama, Muhammad Harith Iqral Muhammad Anhar (minit ke-5 dan ke-7) serta Muhammad Syafiy Md Said pada minit ke tujuh, manakala dua conversion disempurnakan Mohd Fairuz Abdul Rahman.

Sementara itu, Kelantan meraih lima mata menerusi satu try yang disudahkan Muhammad Amir Ibrahim.

Menurut jurulatih Terengganu, Nik Mohd Shahiddan Mohd Zainal, kemenangan itu hasil kerja keras pemain dan strategi yang disusun rapi bagi menghadapi kejohanan berkenaan.

"Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan aksi ditunjukkan barisan pemain kerana mereka bermain 100 peratus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kategori Terbuka Wanita, Johor berjaya menundukkan pasukan tuan rumah, Perak 17-5 hasil conversion dan satu try.

Terdahulu dalam kategori Lelaki Qualifier iaitu saingan bagi melayakkan penyertaan ke lapan pasukan elit musim depan, Sabah mengalahkan Perlis, 14-0.

Artikel Berkaitan:

Bagi aksi Lelaki Bawah 20 tahun, Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 28-7, manakala kategori Wanita Bawah 20 tahun, Labuan mengalahkan Sabah 15-10 untuk muncul juara bagi kategori masing-masing.

Hadiah disampaikan oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. - Bernama