Serangan xenofobia di Afrika Selatan ragut 12 nyawa

Pelajar universiti Zambia membakar papan tanda di luar Kedutaan Afrika Selatan di Lusaka sebagai membantah serangan xenofobia. - Foto AFP
Pelajar universiti Zambia membakar papan tanda di luar Kedutaan Afrika Selatan di Lusaka sebagai membantah serangan xenofobia. - Foto AFP
A
A
A

JOHANNESBURG - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam siri keganasan yang menyasarkan kediaman dan perniagaan milik warga asing sejak awal bulan ini.

Susulan itu, Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa menghantar utusan berpangkat tinggi dalam misi untuk memberikan jaminan kepada negara Afrika berikutan gelombang serangan xenofobia.

Ratusan migran ekonomi dari negara jiran Zimbabwe dan Mozambique meninggalkan kediaman masing-masing untuk mencari perlindungan, manakala 600 rakyat Nigeria yang turut menjadi sasaran keganasan dibawa pulang.

Difahamkan, misi tersebut yang diketuai bekas menteri Jeff Radebe meninggalkan Afrika Selatan hari ini dan akan melawat Nigeria, Niger, Ghana, Senegal, Tanzania, Republik Demokratik Congo dan Zambia.

Afrika Selatan merupakan ekonomi kedua terbesar di benua itu selain menjadi destinasi utama bagi pendatang Afrika lain.

Bagaimanapun, pendatang Afrika sering menjadi sasaran penduduk tempatan yang menyalahkan mereka kerana kurang pekerjaan. - AFP

Artikel Berkaitan: