Tunku Azizah singgah tepi jalan tanya mi bandung

Nur Madihah berkongsi video di laman Twitternya. Gambar kanan: Tunku Azizah turun dari kereta untuk makan di kedai berkenaan.
Nur Madihah berkongsi video di laman Twitternya. Gambar kanan: Tunku Azizah turun dari kereta untuk makan di kedai berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pemilik kedai makan dipercayai di Kuantan, Pahang bertuah kerana menerima kunjungan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mahu menikmati mi bandung.

Menerusi dua video yang dikongsi di laman sosial Twitter @madihahrosdi, dalam keadaan hujan renyai-renyai kereta putih dinaiki Tunku Azizah yang diikuti konvoi pengiring berhenti di hadapan kedai tersebut.

“Ada mi bandung tak?” tanya Tunku Azizah dari dalam kereta.

Kedengaran suara memberitahu mi bandung dijual di kedai tersebut dan respon Tunku Azizah sangat mengejutkan.

“Nak makan di situ,” titah baginda sebelum keluar dari kereta.

Menurut Nur Madihah, dia tidak menyangka dapat berjumpa dengan Raja Permaisuri Agong.

“Alhamdulillah, berpeluang akhirnya jumpa Agong dan Permaisuri. Siap singgah di kedai makan kami.. selalu tengok orang je,” ciap Nur Madihah di Twitter.

Katanya, dia juga tidak menyangka Tunku Azizah turut meminta resipi mi bandung yang dijual di gerainya.

Artikel Berkaitan:

“Janji tau ambil nombor telefon dia,” titah Tunku Azizah yang mahu resipi hidangan itu dikongsi oleh pemilik kedai tersebut.

“Cute jer Permaisuri minta resipi,” kata Nur Madihah.

Permaisuri Agong disapa rakyat yang menyenangi kehadiran baginda.
Permaisuri Agong disapa rakyat yang menyenangi kehadiran baginda.

Video tersebut diulang kicau lebih 19,000 kali dan tanda suka.

Dua video berkenaan ternyata mengubati kerinduan netizen selepas Tunku Azizah bertindak menyahaktifkan akuan Twitternya sejak Rabu lalu.

Bagaimanapun, akaun Twitter @cheminahsayang itu diaktifkan semula pada Sabtu tetapi dinyahaktifkan semula pada Ahad.

“Bestnya dapat jumpa king dengan queen Malaysia,” ujar @FaridHazwan8.

“Ada mi bandung tak?” hahaha cute jer tanya dari tingkap macam tu,” ciap @anatyshazlin.

Fieeza Maskom pula berkata, “mesti terketar-ketar nak siapkan mee bandung itu,” ciapnya.