Kenyataan Ismail Sabri berniat jahat: Fuziah

Fuziah
Fuziah
A
A
A

SHAH ALAM - Tarik balik kenyataan atau berdepan tindakan undang-undang.

Itu kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Fuziah Salleh kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa persijilan logo halal kini di bawah Kementerian Kewangan.

Fuziah berkata, kenyataan Ahli Parlimen Bera itu berniat jahat bagi menanam ketakutan dalam kalangan orang Melayu Islam kononnya kerajaan Malaysia baharu dipimpin DAP.

Menurutnya, persijilan logo halal masih tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan tidak pernah diuruskan oleh badan atau agensi lain.