X

Kindly register in order to view this article
!

Hari ini hari paling gembira, kata Abdul Hadi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.- Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan hari ini sebagai hari yang paling gembira buat beliau.

Menurutnya, selain dapat berucap di dewan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) buat pertama kali, tetamu yang hadir juga di luar kebiasaan.

"Sudah tentu (saya) paling gembira kerana selama ini saya berucap dalam kalangan penyokong dan audiens yang dipenuhi orang Pas.

"Tapi hari ini campur Pas dan UMNO. Bukan Pas-UMNO sahaja, namun ada golongan ilmuan termasuklah tokoh masyarakat, pesara yang berjawatan tinggi dan sebagainya," katanya pada sidang media Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perasaan beliau apabila buat pertama kalinya berucap di dewan PWTC yang lebih sinonim dengan UMNO itu.

Dalam masa sama, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut berterima kasih kepada semua pemimpin dan ahli UMNO yang menyambut beliau dan kepimpinan Pas yang lain.

"Saya mewakili jentera Pas mengucapkan terima kasih kepada UMNO yang menyambut kami penuh baik pada mesyuarat penting ini.

"Perjumpaan yang sangat sejarah di tempat yang bersejarah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih UMNO-Pas kembali bertaut di PWTC

Allahyarham Nik Aziz setuju penyatuan UMNO-Pas, kata Hadi

Piagam Muafakat Nasional garis enam hasrat utama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus