X

Kindly register in order to view this article
!

Kita nak periksa jantina Rafizi: Ismail Sabri

Ismail Sabri ketika ceramah perdana pada Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) di PWTC malam tadi. - Foto Zahid Izzani
A
A

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menempelak kenyataan dikeluarkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang menyatakan penyatuan UMNO dan Pas tidak akan bertahan lama dan bakal terburai.

Bahkan, Rafizi turut menyindir UMNO-Pas, menyatakan tidak tahu parti mana lelaki atau perempuan dan mengesyorkan agar jantina mereka diperiksa sebelum ‘dinikahkan’ esok.

Kenyataan itu menimbulkan rasa kurang senang pemimpin kedua-dua parti dan Ismail Sabri menegaskan kenyataan demi kenyataan dikeluarkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) menunjukkan mereka bimbang dengan penyatuan itu.

“Rafizi petang tadi (semalam) keluarkan kenyataan kata perlu periksa jantina Pas dan UMNO sebelum dikahwinkan esok.

“Kita nak periksa jantina Rafizi itu, adakah betul-betul seperti dilihat atau sebaliknya,” katanya ketika ceramah perdana Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

Menurutnya, baru-baru ini dibangkitkan ‘fatwa’ mengaitkan kedua-dua parti itu dan beliau menegaskan perkara itu sudah lama malah UMNO sudah melupakan amanat yang dibangkitkan itu.

“Apabila kita menerima Pas sebagai sahabat kita, apabila kita setuju nak tandatangan piagam dengan Pas maknanya kita tak fikir apa yang berlaku di belakang. Kita fikir di hadapan, nak pastikan Islam, Melayu selamat di negara ini.

“Sebab itu kita harap anda tidak terpengaruh dengan agenda jahat kerajaan sekarang. Mereka akan terus rosakkan hubungan UMNO dan Pas,” katanya.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, penyatuan UMNO-Pas membimbangkan PH kerana jika diambil kira jumlah atas kertas, kedua-dua parti itu kini mempunyai 127 kerusi Parlimen.

“Ini yang membimbangkan mereka kalau kerjasama ini diteruskan. Saya yakin kita akan dapat lebih daripada ini dan UMNO bersama Pas akan berada di Putrajaya selepas PRU15 nanti,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!