PERR 2019: KL sandarkan pengalaman Zulkifli Samion misi final

Barisan pegawai dan pemain skuad Piala Emas Raja-Raja Kuala Lumpur melaungkan sorakan semangat pada majlis pelancaran di ibu negara.
Barisan pegawai dan pemain skuad Piala Emas Raja-Raja Kuala Lumpur melaungkan sorakan semangat pada majlis pelancaran di ibu negara.
A
A
A

KUALA Lumpur menagih kembali pengalaman Zulkifli Samion pada misi mara ke perlawanan akhir saingan Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2019 di Kedah yang bermula esok.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Kuala Lumpur (PBMKL), Datuk Ramlan Askolani berkata, kegagalan pada peringkat awal musim lalu mendorong PBMKL memilih bekas jurulatih skuad Piala Presiden Kuala Lumpur dan Felda United ini bagi mencipta impak positif pada saingan edisi ke-79.

“Pada musim lalu, Kuala Lumpur dilatih Mat Zan Mat Aris tetapi musim ini kami dapat kembali khidmat Zulkifli jurulatih berpengalaman yang pernah bawa pasukan ke separuh akhir 2017.

“Kami yakin dengan khidmatnya, Kuala Lumpur akan mencapai sasaran saya, ke final PERR,” katanya pada majlis pelancaran pasukan di sebuah restoran di Dataran Merdeka di sini.

Kuala Lumpur yang pernah bergelar juara PERR pada 1994 selepas mengalahkan Perlis 2-1 kini diundi dalam Kumpulan D PERR untuk beraksi di Universiti Utara Malaysia, Sintok dengan tuan rumah, Kedah, Perlis dan Perak yang menjadi lawan sulungnya, Ahad ini.

Ramlan Askolani
Ramlan Askolani

Pada masa sama menurut Ramlan, saingan PERR masih terbuka kerana tanpa pemain Liga Super dan Premier, Kuala Lumpur juga membuat persediaan rapi apabila memenangi tiga perlawanan pemanas badan baru-baru ini.

“Antaranya kami mengalahkan Kingstown Klang FC (pasukan Kumpulan B PERR) 4-0 dan Kilat Metro, seri dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) FC (Kumpulan A) dan kalah tipis 2-1 kepada PDRM (Polis Diraja Malaysia).

Artikel Berkaitan:

“Kami kekalkan 10 pemain musim lalu dan digandingkan dengan pemain Piala Presiden Selangor, Kuala Lumpur dan Felda United. Dengan disiplin tinggi dan latihan pesat serta pengalaman Zulkifli, kami letakkan sasaran mereka ke perlawanan akhir,” katanya.

Ramlan ialah bekas pemain Kuala Lumpur dari 1982 hingga 1990 yang pernah menjulang Piala Malaysia tiga kali (1987 hingga 1989) turut memiliki 15 penampilan antarabangsa bersama skuad negara.