Bos Gaurus giat persiap pasukan berdepan JDT

Skuad Perak meraikan kejayaan memenangi Piala Malaysia 2018.
Skuad Perak meraikan kejayaan memenangi Piala Malaysia 2018.
A
A
A

SKUAD The Bos Gaurus sudah memulakan latihan sebagai persediaan hadapi saingan Piala Sumbangsih menentang penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Larkin pada 2 Februari depan.

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic berkata, latihan diadakan meskipun terdapat pemain yang masih bercuti.

"Kita sedang mempersiapkan pasukan untuk saingan Piala Sumbangsih nanti. Kita akan berdepan JDT di Larkin. Setakat ini sesi latihan pasukan sudah pun bermula dengan kehadiran beberapa pemain termasuk pemain import musim lalu.

“Persiapan kita sudah pun mulakan latihan. Tapi masih ada pemain yang bercuti,” katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy dan Farah Nadiah Mohammad Khalim di Kelab Golf Diraja Perak (RPGC), hari ini.

Dalam pada itu, Durakovic berkata, pasukannya itu turut menyasarkan untuk memenangi sebanyak mungkin perlawanan Liga Malaysia (Liga M) 2019.

"Masih ada pemain yang bercuti terutamanya pemain kebangsaan yang baru sahaja selesai mengharungi saingan Piala Suzuki AFF 2018, baru-baru ini. Namun, kita dah susun beberapa perlawanan persahabatan selepas tahun baharu nanti," katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan skuad Kejor Yob Kejor itu hanya akan menggunakan empat pemain import musim depan, Durakovic menyifatkan perkara berkenaan dilihat tidak akan menjejaskan persiapan keseluruhan pasukan.

"Lebih ramai pemain terutamanya pemain tempatan berpeluang untuk beraksi bersama pasukan. Sama ada kita gunakan empat atau tiga pemain import kita mahu beri peluang kepada semua pemain untuk beraksi.

Artikel Berkaitan:

“Setakat ini kita dah miliki Zac Anderson (bekas pertahanan PKNS FC, Kedah) dan mengenai kemasukan pemain PKNP FC, Shahrel Fikri kita kena tunggu keputusan pihak pengurusan,” katanya.