Mayat lelaki ditemukan terapung

Polis dan anggota Unit Forensik menjalankan pemeriksaan ke atas mayat lelaki yangbditemui terapung di Sungai Jagor, Gerik hari ini.
Polis dan anggota Unit Forensik menjalankan pemeriksaan ke atas mayat lelaki yangbditemui terapung di Sungai Jagor, Gerik hari ini.
A
A
A

GERIK - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Jagor di sini hari ini.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu disedari orang ramai yang melihat tubuh manusia dalam keadaan terlentang di tepi sungai.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, mangsa berusia 33 tahun dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaan ketika sedang menangkap ikan.

"Mangsa ditemui terapung dalam keadaan lengkap berpakaian.

"Mayat tersebut dihantar ke Hospital Gerik dan pemeriksaan mengesahkan punca kematian disebabkan lemas," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah pada badan mangsa.

Artikel Berkaitan: