Ibu bunuh bayi tiga bulan direman

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman hari ini untuk mendapat perintah tahanan reman bagi siasatan lanjut berhubung kematian bayi perempuan kandungnya berusia tiga bulan, semalam
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman hari ini untuk mendapat perintah tahanan reman bagi siasatan lanjut berhubung kematian bayi perempuan kandungnya berusia tiga bulan, semalam
A
A
A

KEMAMAN - Seorang pekerja swasta direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kematian bayi perempuan kandungnya berusia tiga bulan semalam.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, wanita berusia 27 tahun itu ditahan malam tadi di rumahnya di Felda Neram, di sini.

"Suspek dibenarkan direman bermula hari ini sehingga 18 September depan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek mengalami kemurungan ketika kejadian itu.

"Bagaimanapun siasatan lanjut akan dijalankan. Setakat ini tiga individu dipanggil untuk mendapatkan keterangan termasuk ketua jururawat yang merawat mangsa.

"Kami dimaklumkan keadaan mangsa terlalu lemah ketika menerima rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia. Pihak perubatan turut mendapati kemungkinan ada unsur penderaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian semalam melaporkan seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut dipercayai didera dalam kejadian di Felda Neram, di sini.

Kejadian itu disedari bapa bayi berkenaan kira-kira jam 10 pagi ketika pulang ke rumah untuk menghantar makanan kepada isterinya (suspek).

Bapa bayi itu kemudian menghantarnya ke Klinik Kesihatan Cheneh kira-kira jam 11.30 pagi tetapi disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan.