Duta Malaysia sampaikan takziah kepada Indonesia

No Image Caption
A
A
A

JAKARTA - Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada Indonesia yang kehilangan presiden ketiganya, Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, yang meninggal dunia petang tadi.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar berkata, pemergian BJ Habibie adalah satu kehilangan besar kepada Indonesia dan Malaysia, yang ternyata bekas presiden itu banyak menyumbang kepada hubungan bilaterial kedua negara.

"Bapa BJ Habibe ketika menjadi presiden, banyak memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan Malayaia dan Indonesia," katanya selepas Majlis Resepsi Hari Kebangsaan Malaysia 2019, bersempena sambutan bulan kemerdekaan yang diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, malam ini.

BJ Habibie meninggal dunia di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

BJ Habibie, 83, adalah presiden Indonesia ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula dari 21 Mei 1998 hseingga 20 Okt 1999.

Sebelum ini, pada Mac 2018, BJ Habibie juga menjalani rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan "asphyxia".

Presiden Indonesia Joko Widodo dalam satu kenyataan berkata pemergian BJ Habibie, Bapak Teknologi Indoenesia itu adalah satu kehilangan besar kepada Indonesia.

"Saya kira beliau ada seorang negarawan yang patut kita jadikan contoh dan tauladan dalam kehidupan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: