Penang Black Panthers congak langkah

Abd Hafiz Abd Majid
Abd Hafiz Abd Majid
A
A
A

PENYANDANG juara Liga Sepak Takraw (STL), Penang Black Panthers tidak sabar berdepan pendahulu, Kuala Lumpur Thunder Sabtu ini dalam misi merampas teraju carta.

Pengurus Penang Black Panthers, Abd Hafiz Abd Majid berkata, pihaknya melakukan persediaan rapi sebaik tamat aksi minggu pertama Ahad lalu yang menyaksikan regu dari utara itu menamatkan saingan di tangga ketiga carta STL 2019.

“Bagi aksi keempat menentang KL Thunder Sabtu ini, kami dah buat persediaan rapi sebab kami akan menentang salah satu pasukan terkuat. Selepas perlawanan Ahad lalu, para pemain diberikan rehat sebelum kembali berlatih.

“Secara keseluruhannya, dari segi persediaan tak ada masalah. Lagipun bagi saya prestasi Penang Black Panthers ketika ini tidak merunsingkan.

Kedudukan STL 2019 (Minggu 1)
Kedudukan STL 2019 (Minggu 1)

“Ini kerana pasukan mendapat rentak antara dua tekong termasuk tekong dari Thailand Porached Yodsaen dan seorang pemain baharu yang kita ketengahkan minggu ini, Said Ezwan Said De. Cuma kita perlu kuatkan pertahanan,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Abd Hafiz tidak menafikan status kejuaraan hatrik yang dipikul nyata memberikan tekanan kepada pemain dalam menggalas cabaran Penang Black Panthers pada saingan STL musim ini.

Bagaimanapun, menurutnya, Penang Black Panthers dilihat berjaya mengenepikan segala tekanan berkenaan selain menetapkan matlamat dan visi untuk mengekalkan kejuaraan.

“Saya tak nafikan status itu memberikan tekanan kepada kita. Kami juga akan beraksi tanpa kelibat tekong utama, Syahir Rosdi. Namun, ia tidak akan jejaskan momentum pasukan kerana Syahir akan terus memberikan semangat dari belakang tabir,” katanya.

Artikel Berkaitan: