Bahang aksi Malaysia menentang UAE dirasai di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam Terima Kasih bersama petugas yang terlibat dengan Istiadat Pertabalan di Istana Negara malam ini. - Foto BERNAMA

A
A
A

BAHANG perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara pasukan Harimau Malaya dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut dirasai di Istana Negara malam ini apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meluangkan masa menyaksikan perlawanan tersebut.

Al-Sultan Abdullah menyaksikan perlawanan tersebut bersama kira-kira 600 tetamu yang hadir pada Majlis Santapan Malam Terima Kasih bersama petugas yang terlibat dengan Istiadat Pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Bahang perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, antara pasukan Harimau Malaya dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut dirasai pada Majlis Santapan Malam Terima Kasih bersama petugas yang terlibat dengan Istiadat Pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara malam ini. - Foto BERNAMA

Turut menyaksikan perlawanan itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

No Image Caption

Suasana di dalam Dewan Santapan Utama turut gamat seketika apabila beberapa percubaan Harimau Malaya hampir membolosi pintu gawang pasukan lawan.

Artikel Berkaitan:

Malaysia kini mengungguli saingan Kumpulan G dengan tiga mata mengatasi Thailand dan Vietnam dengan satu mata di tempat kedua dan ketiga sementara perlawanan hari ini merupakan aksi sulung buat pasukan UAE.

Aksi pada perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2030 antara Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto ZAHID IZZANI
Aksi pada perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2030 antara Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto ZAHID IZZANI

Pada aksi pertama kempen kelayakan itu, Malaysia meraih kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Khamis lepas.

Tetamu pada malam itu turut menerima ‘hadiah istimewa’ daripada Tunku Azizah yang berkenan menyanyikan lagu ‘Kasih’ yang dipopularkan oleh penyanyi Hetty Koes Endang. - Bernama