Pelajar dibelasah kerana kutuk-mengutuk

No Image Caption
A
A
A
KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Tingkatan Lima cedera dan terpaksa menerima lima jahitan di atas mata kanannya selepas dibelasah sekumpulan lelaki di kolam renang sebuah apartment di Wangsa Maju di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa berusia 17 tahun terbabit didatangi sekumpulan lelaki.

"Seorang daripada ahli kumpulan itu menendang dan memukul mangsa. Suspek kemudian memberitahu tindakannya itu kerana mangsa membuat cerita tentangnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pada kira-kira jam 9.30 malam keesokan harinya, polis menahan enam lelaki berusia 18 hingga 19 tahun di Ulu Klang, Ampang.

Katanya, siasatan awal mendapati pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada kutuk-mengutuk.
Artikel Berkaitan:


"Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk siasatan lanjut dan direman tiga hari sehingga Khamis ini," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.