Saya tak boleh digelar pelawak: Khir Rahman

Pelakon, Khir Rahman
Pelakon, Khir Rahman
A
A
A

BINTANG hebat, Khir Rahman mengakui dirinya masih belum layak digelar sebagai seorang pelawak.

Menurutnya, dia hanya mencuba yang terbaik sahaja untuk menghiburkan penonton yang menyaksikan persembahannya menerusi program komedi terbaharu Astro Warna itu.

“Saya mungkin lebih berani kerana sudah mencuba. Saya ada cara sendiri dalam melawak, lawak saya hati kering.

“Saya tak boleh lagi digelar pelawak kerana masih banyak lagi teknikal lawak yang perlu digali.

“Saya lebih kepada seorang pemain watak sahaja," luahnya jujur.

Terdahulu, Khir daripada kumpulan JBorn bersama dua rakannya iaitu Vicha dan Joey berjaya dinobatkan sebagai juara MLS musim pertama dengan hadiah wang tunai sebanyak RM150,000.

Dalam perkembangan lain, JBorn kini dalam proses mencari idea untuk menerbitkan karya mereka sendiri dalam menyambut baik sokongan padu oleh peminat mereka.

Artikel Berkaitan: