Lori ais rempuh masjid di Melaka

Keadaan dalam masjid selepas dirempuh sebuah lori ais malam tadi. Gambar kanan: Muhammad Firdaus keluar dari kenderaannya selepas merempuh hadapan Masjid Al-Khairiah Telok Mas malam tadi.
Keadaan dalam masjid selepas dirempuh sebuah lori ais malam tadi. Gambar kanan: Muhammad Firdaus keluar dari kenderaannya selepas merempuh hadapan Masjid Al-Khairiah Telok Mas malam tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Gara-gara mahu mengelak daripada melanggar sebuah kenderaan, sebuah lori muatan ais merempuh dinding hadapan Masjid Al-Khairiah Telok Mas malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.21 malam, lori jenis Mitsubishi Fuso dalam perjalanan dari Pernu menuju ke bandar Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, lori dipandu Muhammad Firdaus Mad Zin, 22, hilang kawalan kerana mahu mengelak sebuah kenderaan yang menghampiri masjid berkenaan.

"Semasa kejadian, hanya pemandu berada di dalam kenderaan dan tiada jemaah dalam masjid tersebut.

"Kemalangan turut mengakibatkan pintu depan, tingkap dan alang atap masjid rosak, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan," katanya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: