Lima kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat pagi ini

- Foto Bernama
- Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lima kawasan di Selangor menunjukkan tahap tidak sihat setakat pukul 10 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Shah Alam adalah 127, Klang (119), Banting (122), Johan Setia, Klang (160) dan Petaling Jaya (137) manakala Kuala Selangor menunjukkan bacaan sederhana iaitu 93.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Tinjauan Bernama di sekitar Shah Alam menunjukkan orang ramai masih meneruskan aktiviti harian seperti biasa walaupun jarak pemandangan dikaburi dengan asap jerebu.

Orang ramai boleh merujuk laman web http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui tahap IPU terkini. -Bernama

Artikel Berkaitan: