LHDN hanya mahu maklumat penderma RM10,000 dan ke atas

Lembaga Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bahawa mengikut garis panduan baharu, hanya maklumat penderma yang menderma RM10,000 dan ke atas sahaja perlu dikemukakan kepadanya.

Garis panduan baharu ini yang menggantikan garis panduan bertarikh 15 Mei 2019 dan berkuat kuasa mulai 5 September 2019, mengambil kira saranan Menteri Kewangan bahawa hanya maklumat penderma yang menderma RM10,000 dan ke atas sahaja perlu dikemukakan kepada LHDNM, berbanding maklumat penderma yang menderma RM5,000 dan ke atas sebelum ini, LHDNM turut menasihatkan semua pihak yang memperoleh kelulusan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 ini supaya sentiasa mematuhi setiap syarat yang telah ditetapkan dalam garis panduan tersebut.

"Ini bagi mengelakkan status kelulusan mereka dibatalkan disebabkan oleh sebarang ketidakpatuhan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh diperoleh dengan melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 1800-88-5436. - Bernama

Artikel Berkaitan: