Harimau Malaya jangan terlampau merendah diri

Skuad Harimau Malaya menjalani sesi latihan rasmi bagi persiapan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 antara Malaysia menentang UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto Bernama
Skuad Harimau Malaya menjalani sesi latihan rasmi bagi persiapan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 antara Malaysia menentang UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PEMAIN Harimau Malaya tidak perlu merendah diri ketika bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi kelayakan Piala Dunia 2020/Piala Asia 2023 di Stadium Bukit Jalil malam esok.

Bekas pemain kebangsaan era 70-an Afandi Yusof berkata, pemain perlu melupakan ranking dan rekod yang pernah dicatat okeh pasukan kebangsaan ketika bertemu UAE dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

"Bola sepak tidak boleh terlalu melihat kepada ranking pasukan, jika mengikut kepada ranking Malaysia sudah jauh ketinggalan dan kalah kerana UAE berada di ranking 65 manakala Malaysia berada di ranking 159.

"Pemain harus menggunakan sepenuhnya kemampuan yang dimiliki untuk mencipta kejutan pada perlawanan malam esok," katanya.

Afandi berkata beliau percaya Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mempunyai ramuan tersendiri bagi melakukan sesuatu pada pelawanan malam esok.

"Setiap jurulatih mempunyai taktikal sendiri namun untuk melaksanakannya bergantung sepenuhnya kepada pemain ketika beraksi di atas padang.

"Saya lihat pemain negara mempunyai kekuatan dan peningkatan dalam corak permainan contohnya ketika bermain di Indonesia tempoh hari, walaupun ketinggalan pasukan mampu mencari gol penyamaan dan gol kemenangan, oleh itu permain tidak sepatutnya terlampau hormat kepada pasukan lawan malam esok," katanya.

Beliau berkata pemain seperti Brendan Gan, Matthew Davies dan Mohamadou Sumareh perlu digunakan sebaik mungkin pada perlawanan malam esok.

Artikel Berkaitan:

"Kehadiran mereka ini dapat mengimbangi pemain-pemain pasukan lawan, namun pemain pasukan negara tidak harus cepat hilang bola bagi mencipta gerakan," katanya.

Untuk rekod pada 2015, pasukan kebangsaan pernah dibelasah oleh pasukan UAE dengan jaringan 10-0. - Bernama