Mohon skim pencen perkhidmatan awam dikekalkan

Rodziah menyerahkan anugerah kepada salah seorang Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sempena Mini Ekspo Usahawan Selangor dan Karnival Sayangi Desa 2019 Daerah Sabak Bernam di Sabak Sentral Mall semalam.
Rodziah menyerahkan anugerah kepada salah seorang Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sempena Mini Ekspo Usahawan Selangor dan Karnival Sayangi Desa 2019 Daerah Sabak Bernam di Sabak Sentral Mall semalam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Kerajaan diminta tidak memansuhkan skim pencen perkhidmatan awam bagi menjamin masa depan pekerja dalam sektor terlibat.

Exco Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, buat masa sekarang skim pencen yang dilaksanakan kepada semua penjawat awam berstatus pekerja tetap dilihat sesuai dilaksanakan.

"Saya mempunyai satu pandangan berbeza dan kalau boleh saya memohon skim pencen perkhidmatan awam dikekalkan," katanya pada Program Mini Ekspo Usahawan Selangor dan Karnival Sayangi Desa 2019 di Sabak Sentral Mall di sini malam tadi.

Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga turut mencadangkan agar kerajaan bukan sahaja mengekalkan skim pencen kepada penjawat awam, malah mengkaji semua skim persaraan lain termasuk sektor swasta.

ARTIKEL BERKAITAN: Skim pencen bebanan besar negara: Dr Mahathir

"Kita minta skim pencen, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan skim lain ditambah baik," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, mekanisme baharu yang menggantikan skim pencen perkhidmatan awam dijangka dilaksanakan tahun depan membabitkan lantikan baharu.

Menurutnya, inisiatif yang disasarkan dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan sehingga RM5 bilion setahun, bagaimanapun ia masih perlu diperhalusi dan bergantung kepada keputusan muktamad kerajaan.

Artikel Berkaitan: