Jom jumpa kartunis Ujang di Fiesta Buku & Komik Book2U

Kartunis Ujang di Fiesta Buku & Komik Book2U di kedai buku Book2U cawangan Bukit Sentosa, Rawang petang ini.
Kartunis Ujang di Fiesta Buku & Komik Book2U di kedai buku Book2U cawangan Bukit Sentosa, Rawang petang ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Peminat kartunis Ujang berpeluang untuk beramah mesra dengan kartunis itu di Fiesta Buku & Komik Book2U bermula 3 petang ini yang berlangsung di kedai buku Book2U cawangan Bukit Sentosa, Rawang.

Buat peminat kartunis Ujang yang tinggal sekitar Bukit Sentosa dan Rawang, jangan lepaskan peluang berharga ini.

Selain itu, pelbagai tawaran istimewa dan diskaun ditawarkan sepanjang fiesta tersebut berlangsung antaranya, komik dan novel serendah RM2, diskaun al-Quran, komik dan buku sehingga 20 peratus serta diskaun alat tulis sehingga 10 peratus.

Hari ini merupakan hari terakhir Fiesta Buku & Komik Book2U di kedai buku Book2U cawangan Bukit Sentosa, 1 Plaza Kuala Selangor dan Tesco Jenjarom manakala cawangan di Penang Sentral Butterworth akan berakhir pada 16 September depan.

Apa tunggu lagi? Hidupkan kenderaan anda dan pergi ke lokasi Fiesta Buku & Komik Book2U!

Artikel Berkaitan: