Penyatuan UMNO-Pas bakal gugat penyatuan kaum

Izham (empat dari kiri) pada sidang media selepas merasmikan konvensyen berkenaan yang berlangsung di Kelab Golf Bangi.
Izham (empat dari kiri) pada sidang media selepas merasmikan konvensyen berkenaan yang berlangsung di Kelab Golf Bangi.
A
A
A

BANGI - Penyatuan UMNO-Pas disifatkan sebagai satu agenda merbahaya kepada rakyat di negara ini yang terdiri daripada berbilang kaum.

Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim mendakwa, pelbagai naratif dibina oleh UMNO-Pas bagi mencetuskan persepsi di dalam masyarakat bahawa Pakatan Harapan (PH) bakal menggugat kedudukan Melayu dan agama Islam.

Beliau berkata, usaha dan agenda yang dibawa oleh pihak terlibat tidak seharusnya dipandang ringan oleh semua kepimpinan dan ahli Amanah.

"Ini merupakan satu agenda yang dibina berterusan sehingga PRU akan datang.

"Ia amat merbahaya kerana bagi kita, mereka tak ada rasa malu dan segan untuk lakukan apa sahaja asalkan dapat mencapai cita-cita politik untuk mengambil alih negara ini," katanya ketika berucap pada Konvensyen Wanita Amanah (Awan) Selangor yang berlangsung di Kelab Golf Bangi hari ini.

Hadir sama dalam konvensyen tersebut adalah Ketua Awan Nasional, Dr Siti Mariah Mahmud dan Ketua Awan Selangor, Rawiyiah Zakaria.

Mengulas lanjut, Izham berkata ahli Amanah tidak seharusnya membiarkan perkara ini berpanjangan dan perlu menyediakan solusi yang mewakili konsep rahmatan lil alamin (rahmat untuk semua).

Tambah beliau, Amanah perlu bersama-sama dengan rakan kompenan PH melalui meja rundingan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul untuk kekal utuh dalam menghadapi gelombang agenda perkauman dan agama sempit dibawa oleh UMNO-Pas.

Artikel Berkaitan:

"Kekuatan dalaman kita adalah bergantung kepada kekuatan semua parti di dalam PH. Jadi kita perlu bersama-sama dalam menghadapi sebarang masalah melalui meja rundingan," katanya.