Sanchez senjata rahsia Inter Milan

Alexis Sanchez
Alexis Sanchez
A
A
A

PENYERANG pinjaman Inter Milan, Alexis Sanchez dijangka menjadi senjata rahsia buat Nerrazurri bagi menghentikan dominasi Juventus dalam saingan Serie A.

Legenda Inter, Alessandro Altobelli percaya Sanchez akan menambah sengat di bahagian serangan selain menjadi watak penting mencipta kemenangan buat kelab Itali itu.

“Dia (Sanchez) adalah pemain yang sangat kami kenali di Itali. Kehadirannya menawarkan banyak pilihan di bahagian depan pasukan.

“Sanchez boleh bermain sebagai penyerang tengah, penyerang kedua mahupun di bahagian sayap. Saya fikir Inter sememangnya boleh menjadi juara kerana memiliki ramai pemain berkualiti,” kata Altobelli.

Awal minggu ini, Inter telah menyelesaikan proses perpindahan Sanchez dari Manchester United secara pinjaman yang menyaksikan dia berada di Giusseppe Meazza selama semusim.

Artikel Berkaitan: