'Syukur ada pihak prihatin nasib Abe Ngoh'

Toh (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Raja Rasiah di rumahnya di Batang Merbau hari ini.
Toh (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Raja Rasiah di rumahnya di Batang Merbau hari ini.
A
A
A

TANAH MERAH - "Bantuan ini bagaikan mimpi. Alhamdulillah saya amat bersyukur ada pihak yang masih prihatin terhadap nasib Abe Ngoh."

Itu luahan Raja Rasiah Raja Ibrahim, 48, apabila pihak Econsave berkunjung ke kediamannya di Batang Merbau di sini hari ini.

Pihak berkenaan menyampaikan bantuan susu khas dan lampin pakai buang bagi mengurangkan perbelanjaan keluarga itu yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Kisah mengenai pengorbanan Raja Rasiah menjaga anaknya, Mohd Amier Firdaus Mohd Hijazi, 18, atau Abe Ngoh yang telantar lebih empat tahun selepas terlibat kemalangan mendapat perhatian pihak berkenaan selepas berita itu tersiar dalam Sinar Harian semalam.

Bantuan disampaikan, Pengurus Cawangan Econsave Pasir Puteh, Toh Shahrin.

Toh berkata, bantuan yang dihulurkan berupa makanan dan barangan dapur selain lampin pakai buang dan susu khas bernilai RM1,000.

"Kita harap dengan sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga itu.

"Semoga keluarga ini terus tabah menghadapi ujian mendatang dan dapat menjalani kehidupan lebih baik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Demimu Abe Ngoh...

Artikel Berkaitan: