Baazar Peduli Rakyat diperluas seluruh negara

Ishak (dua dari kiri) bersama Tuan Muhammad Faiz (kiri) dan Mazlan (dua dari kanan) ketika acara perasmian Bazaar Peduli Rakyat di Pejabat Mardi, Manir di sini.
A
A

KUALA TERENGGANU – Program Bazaar Peduli Rakyat yang menawarkan produk agro makanan terpilih pada harga berpatutan akan diperluaskan ke seluruh negara menjelang 2021.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ishak Ismail berkata, program yang menawarkan penjimatan 5 hingga 30 peratus menyasarkan lebih 500 lokasi utama di seluruh negara.

Menurutnya, kolaborasi bersama dua lagi agensi iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

“Program ini dijangka diadakan di 230 lokasi awal dan akan menambah waktu jualan jika mendapat sambutan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis pelancaran Bazaar Peduli Rakyat di Pejabat Mardi, Manir di sini hari ini.

Ishak (dua dari kanan) bersama Mazlan (kanan) dan Tuan Muhammad Faiz (tiga dari kanan) meraikan seorang pengunjung bertuah yang membeli ikan pada harga rendah menerusi acara lelongan sempena jualan 'happy hour' Bazaar Peduli Rakyat yang diadakan di Pejabat Mardi, Manir di sini.
Ishak (dua dari kanan) bersama Mazlan (kanan) dan Tuan Muhammad Faiz (tiga dari kanan) meraikan seorang pengunjung bertuah yang membeli ikan pada harga rendah menerusi acara lelongan sempena jualan 'happy hour' Bazaar Peduli Rakyat yang diadakan di Pejabat Mardi, Manir di sini.

Turut hadir, Pengerusi LPP, Datuk Mazlan Aliman dan Pengerusi LKIM, Tuan Muhammad Faiz Fadzil.

Ishak berkata, program itu membantu keperluan makanan golongan B40 dan menjana pendapatan usahawan baharu tempatan.

“Sasaran awal kita ialah melahirkan kira-kira 2,000 usahawan baharu membabitkan masing-masing 50 peratus usahawan tempatan dan usahawan tani.

“Program jualan ini melibatkan barangan keperluan harian seperti ayam, ikan, sayur, buah-buahan dan jualan produk komuniti setempat yang lebih jimat berbanding pasar awam setempat,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, program jualan itu turut membuka kaunter khas bagi memberi peluang kepada usahawan dan pengunjung untuk menyalurkan sumbangan kepada golongan memerlukan menerusi program My Food For Ummah yang melibatkan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Prihatin Insan (YPI).


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia