'Saya tetap lelaki biasa ada dosa'

Safiey Illias
A
A

BAHARU sahaja menjalani pembedahan membuang payudara palsu atau implan silikon, usahawan kosmetik Safiey Illias mahu menjadi dirinya sendiri dan selesa dengan penampilannya kini.

Katanya lagi, dia tetap manusia biasa yang berdosa namun dia berjanji akan memakai pakaian lelaki walau kemana sahaja dia pergi.

Malah, Safiey juga meminta agar mereka diluar sana tidak berharap terlalu tinggi kerana dia masih mencari hidayah ALLAH.

"Saya tetap lelaki biasa yang ada dosa dan hina. Saya tak maksum. Tapi saya janji masih pakai pakaian lelaki ke mana saya pergi.

"Saya hijrah bukan jadi ustaz tau. Cuma hijrah menjadi lelaki dan perbetul kesalahan diri. Janganlah berharap yang tinggi sangat sebab saya pun masih mncari hidayah. Andai saya ada berbuat salah saya minta maaf.

"Sama-sama kita jadikan hari esok lebih baik daripada hari ini. Maaflah kalau nampak saya pakai 'handbag', tapi saya sudah mula masuk tandas lelaki. Bagi saya ruang ya. Jangan cepat jatuh hukum sebab saya insan yang memang hina," tulisnya di Instagram miliknya.

Rata-rata netizen mendoakan agar Safiey terus Istiqomah dengan perubahan yang dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya fikir kalau esok mati macam mana